Thursday, August 26, 2010

Orienteering (praktikal)

18 OGOS 2010 (8.30 am - - 12.30 am)


Assalamualaikum....


kami dikehendaki berkumpul di stor kenanga pada pukul 8.30 pagi. Aku antara yang terawal tiba di sana. Tidak lama kemudian En. Hisyam tiba bersama-sama kertas kuiz. kami diberi masa lebih kurang 10 minit untuk menyelesaikan semua soalan. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas mengenai orienteering.

Selesai sahaja taklimat, aku dan seorang lagi ahli kumpulan kepeng, evenezer bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Kami menggunakan semua yang di ajar sebagai panduan untuk membuat satu peta orienteering yang lengkap. Sebuah peta yang lengkap perlu mempunya ciri-ciri seperti jarak, bearing, checkpoint dan arah utara.

selepas semua kumpulan menyiapkan tugasan masing-masing kami dikehenda mencari semula checkpoint yang dibuat oleh kumpulan lain.Banyak peristiwa yang berlaku semasa aktiviti orienteering dijalankan, Ada diantara peserta tersesat, dan ada juga yang tidak menjumpai checkpoint yang dicari.setelah berpenat lelah, akhirnya kumpulan aku dan evenezer merupakan kumpulan kedua terpantas diantara semua kumpulan.

First Camp (Ahad)



8 OGOS 2010

Assalamualaikum...

Tepat pukul 5 pagi, semua peserta dikejutkan dan diarahkan bersiap untuk solat subuh. Semua peserta berjalan pergi ke khemah daripada tempat berkumpul. Dalam keadaan yang separa sedar, ada peserta yang terjatuh semasa berjalan ke khemah. =)p

Setelah selesai solat subuh, kami dihidangkan dengan sarapan pagi.selepas sarapan kami melakukan aktiviti ‘skipping” yang diketuai oleh fasilitator. Untuk makluman, fasilitator yang mengajar kami ini pernah ke kejohan dunia ‘skipping”. Semasa beliau menunjukkan bakatnya, rata-rata semua peserta kagum dengan beliau. Kami diajar mengenai asas-asas ‘skipping”.

Selepas itu semua peserta menyambung kembali aktiviti. Aktiviti yang melibatkan kumpulan aku pada hari ini ialah menjejak ataupun ‘orienteering”. Kami diajar bagaimana menentukan arah, bearing, kedudukan dan jarak sesuatu tempak ke sesuatu tempat. Semua aktiviti pada hari ini tamat pada pukul 11.30 pagi.

Kemudian tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa untuk pulang ke UiTM.Semua peserta dibahgikan mengikut tugas masing-masing untuk mengemaskan tapak perkhemahan. Semua peserta bersemangat dalam melakukan kerja masing-masing. Tepat pada pukul 2.30, semua tugasan telah disiapkan. Selepas itu kami membawa masuk barang-yang dikumpulkan ke dalam lori untuk dihantar ke UiTM Shah Alam.

Aktiviti kami yang terakhir pada hari ini ialah sesi bergambar diantara peserta, fasilitator dan pensyarah setiap kampus. Selepas itu, kami berjalan kaki untuk ke pintu utama. Sessampai di pintu utama, bas sudah pun bersedia untuk membawa kami pulang ke kampus. Walaupun berasa sangat letih, secara jujurnya aku seronok dan akan ingat kenanngan ini sampai bila-bila..

Insyaallah...

Sekian...





First Camp (sabtu)


7 OGOS 2010 (sabtu)

Assalamualaikum...

Tepat pada pukul 6 kami dikejutkan dari tidur. Mahu atau tidak aku yang baru sahaja melelapkan mata bangun dan terus bersiap untuk solat subuh berjemaah. Selesai sahaja solat subuh, kami diarahkan untuk menyiapkan diri untuk bagi aktiviti yang seterusnya. Hurm..... mengantuknya..... ;0

Aktiviti kumpulan kami yang pertama pada pekhemahan ini ialah ‘blind trail” tapi sayangnya aku tidak dapat mengikuti aktiviti ini kerana keadaan kaki yang belum sembuh sepenuhnya. Terkilan juga rasa di hati kerana tidak dapat bersama-sama ahli kumpulan untuk aktivti ini. Bagi aku inilah aktiviti yang paling mencabar apabila berjalan dalam keadaan mata yang tertutup. Bersyukurlah kalian kerana dianugerahkan secukupnya semua pancaindera. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya anugerah yang tidak ternilai ini.

Selepas membersihkan diri, kami bersiap untuk makan tengahari. Satu lagi dugaan untuk kami apabila nasi yang dimasak masih mentah. Mahu tidak mahu kami terpaksa menghabiskan juga kerana tidak mahu membazir sehinggakan ada diantara kami mengalirkan air mata mungkin disebabkan nasi pada hari itu. Hehehe.. =)

Aktiviti kedua untuk hari ini ialah ‘management game”. Kami diajar bagaimana bekerja dan menyelsaikan masalah secara berkumpulan. Bagi sesiapa yang mengikuti aktiviti ini, mereka akan tahu betapa pentingnya kerjasama dalam sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat sesuatu organisasi tersebut. Aku bersama ahli kumpulan telah berjaya dalam semua permainan yang dijalankan. Antara perkara menarik yang berlaku semasa aktiviti ini dijalankan ialah salah satu kumpulan yang bersama-sama dalam aktiviti ini didenda kerana tewas dalam salah satu permainan yang dijalankan. Dendanya ialah mereka perlu menyanyikan lagi ‘nobody” serta dengan gayanya sekali. Hahahaha... =P

Selepas itu kami menjalankan aktiviti ‘camp kraft” di mana kami di arahkan untuk membersih dan menyiapkan makanan untu makan malam. Aku ditugaskankan oleh fasilitator yang bertugas untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik. Aku perlu memastikan lampu dan generator berfungsi pada waktu malam. Semua kumpulan termasuk kami siap menjalankan aktiviti pada pukul 7 petang.

Seperti biasa, selepas menunaikan solat maghrib dan isya’ tibalah masa untuk kami bersantap. Semua makan dengan penuh berselera, maklumlah semua kelaparan kerana tidak puas makan waktu tengahari tadi dan mungkin kerana letih melakukan aktiviti. Selesai makan malam semua peserta dikehendaki ke surau untuk menjalankan aktiviti first aid. Kami diajar bagaimana manggunakan anduh seperti yang diajar oleh En. Hisyam sebelum ini.

Selepas itu kami dikehendaki bersedia untuk aktiviti ‘night walk”. Setelah diberi taklimat oleh fasilitator, kami dibawa ke suatu tempat dan dikumpulkan mengikut kumpulan masing –masing. Sementara menunggu giliran tiba, ada diantara peserta yang tidur, mungkin terlalu letih agaknya. Tibalah sudah giliran aku. Aku dilepaskan berseorangan dan perlu melalui kawasan hutan. Pada masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan oleh fasilitator untuk menguji keberanian dan keimanan setiap peserta.

Alhamdulillah, aku selamat sampi ke penamat tanpa sebarang masalah. Ada diantara peserta yang menangis dan ada juga yang patah balik ke tempat berkumpul. Masing-masing ada cara sendiri untuk mengadaptasi keadaan yang jarang-jarang dilalui oleh para peserta. Peserta yang tiba di penamat dikumpulkan di suatu tempat. Kebanyakan daripadanya terlelap sementara menunggu aktiviti berakhir.





First Camp (Jumaat)



6 OGOS 2010 (jumaat)

Assalamualaikum

Hari ini bermulalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu ‘first camp” di Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kami dikehendaki berkumpul di kenanga pada pukul 9 pagi. Sesampai di sana kami mengeluarkan segala kelengkapan dan peralatan yang perlu dibawa dengan dibantu oleh pelajar daripada (INSTEDT) dan fasilitator yang bertugas. aku secara individu telah bersedia untuk mengikuti aktiviti ini walaupun dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya.

Tepat pada pukul 11.30 pelajar daripada UiTM Jengka tiba di Kenanga dengan menaiki 2 buah bas. Seterusnya pelajar seramai 59 orang bersama fasilitator daripada jengka berkumpul bersama-sama membantu memasukkan semua peralatan ke dalam lori yang disediakan untuk dibawa ke Bukit Cerakah. Semua peralatan siap di masukkan ke dalam lori dalam masa yang singkat apabila semua kerja dilakukan bersama-sama.

Setelah selesai solat jumat dan makan tengahari, kami semua berkumpul di dataran kenanga untuk menerima taklimat ringkas daripada fasilitator. Tepat pukul 3 petang kami bertolak ke Taman Pertanian Bukit Cerakah. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami sampai di sana.

Sesampai di sana kami membawa semua peralatan dan kelengkapan masing-masing ke tapak perkhemahan. Semua barang-barang dikumpulkan mengikut jenis. Setelah selesai, kami dibahagikan tugas untuk mendirikan khemah. Khemah yang perlu didirikan termasuklah khemah pusat, khemah masak, khemah peralatan dan khemah penempatan. Aku bersama-sama ahli kumpulan 4 telah ditugaskan untuk menyiapkan khemah masak. Semua khemah siap didirikan lebih kurang pada pukul 7 petang tetapi kami terpaksa bergelap kerana berikutan masalah berkenaan dengan elektrik. =[)

Selepas itu semua peserta diarahkan oleh fasilitator supaya bersiap untuk menunaikan solat maghrib dan isya’ dan aku bersama-sama ahli kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan makan malam dan yang menariknya, aku ingin berkongsi kepada semua pembaca blog (itu pun kalau ada) kami makan di dalam talam mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 talam dan ianya merupakan pengalaman yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Hahaha...

Setelah selesai bersantap bersama-sama kami di bawa ke suatu tempat untuk aktiviti ‘ice-breaking”. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan perlu mempersembahkan ‘cheers” bagi setiap kumpulan. Pelbagai telatah yang dapat dilihat semasa aktiviti tersebut. Aku lihat semua peserta terhibur dan bersemangat mengikuti aktiviti ini termasuk aku sendiri. Hahahaha

Seterusnya kami duduk di dalam bulatan dan memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian kami perlu mengingat semua nama yang telah disebut sebelumnya dan paling penting kami semua di benarkan tidur pada pukul 4.30 pagi.

sekian

Orienteering

4 OGOS 2010 (8.30 am – 12.30am)

Assalamualaikum....

Seperti biasa, seperti rabu-rabu yang lepas, aku sekali lagi diberi kesempatan olehnya untuk menghadiri kelas ‘outdoor”. Hari ini kami akan belajar tentang ‘orienteering” atau melayunya menjejak. Menjejak ialah satu sukan dimana penjejak(peserta) menggunakan kompas berdasarkan maklumat daripada peta yang dibekalkan untuk mencari sesuatu penanda.

En. Hisyam telah memberikan kami peta hutan simpan puchong dan peta institute penyelidikan perhutanan Malaysia (FRIM) yang diambil daripada persatuan orienteering Malaysia. Kami diajar bagaimana mencari arah dengan menggunakan peta dan kompas. Secara individu aku teruja kerana aktiviti ini sangat memerlukan seseorang dalam sesebuah kumpulan bekerjasama diantara satu sama lain untuk mencari penanda untuk kumpualan masing-masing.selain itu bagi aku, aktiviti ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan disamping menanam rasa cinta dan sayang kepada alam semulajadi.

Mengikut apa yang diberitahu, menjejak bermula dari negara Sweden. Ernst Killander adala individu yang bertanggungjawab memperkenalkan sukan ini. Beliau juga digelar ‘Father or Orienteering”. Manakala kompas yang digunakan pada ari ini diperkenalkan oleh Bjorn dan Alvar (ksellstorm).

Di Malaysia, sukan ini telah bertapak selama lebih daripada 20 tahun. Persatuan pertama di Malaysia ialah persatuan orienteering pulau pinang yang ditubuhkan pada 1983 dan persatuan orienteering Malaysia pula ditubuhkan pada 1994. Sejak daripada itu ramai yang berminat terhadap sukan ini.

Antara obkjektif sukan ini ialah memperperlihatkan kemahiran asas untuk menjejak di atas darat dengan menggunakan peta dan kompas. Selain itu aktiviti ini juga boleh memperingkatkan ketahanan fizikal dan mempunnyai sifat penyayang terhadap alam sekitar.

Aktiviti ini mempunyai beberapa jenis dan diantaranya ialah line/string orienteering, cross country orienteering, score orienteering, relay orienteering, street orienteering, trial orienteering dan mountain orienteering. Perlatan azim untuk akriviti ini pula ialah peta, kompas, penanda, control card, control description, wisel dan pen merah.

Haaaa.. begitulah serba sedikit mengenai aktiviti menjejak atau lebih dikenali sebagai orienteering ini. Diharapkan kepada sesiapa yang membaca dapat la juga serba sedikit menambah pengetahuan terhadap sukan ini. Akhirkata daripada aku, ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan boleh dijadikan medium untuk mengurangkan tekanan.

Sekian....... =)p

First Aid (Theory & Practice)



28 JULAI 2010 (8.30am – 12.30am)

Assalamualaikum.....

Hari ini hari rabu, bersamaan 28 julai 2010. Kelas outdoor untuk hari ini adalah mengenai ‘first aid”. ‘first aid” dalam erti kata lainnya bermaksud pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doctor atau paramedik. ( DALAM BUKU) =p

Pertama sekali aku bersyukur kerana dapat masuk kelas buat pertama kali selepas peristiwa hitam dua minggu lepas. Aku dengan semangat yang berkobar-kobar melangkah dengan yakin ke kelas. Sesampainya di kelas aku telah disoal siasat oleh En Hisyam kerana aku dah lewat 10 minit. Ehem2!! Berbekalkan muka yang sedih dan penuh kedaifan aku memberi alasan satu persatu dan akhirnya En Hisyam menerimanya dengan hati yang terbuka... =)p

Sesi pembelajaran pada hari ini dimulakan mengenai anduh. En. Hisyam dengan bantuan 5 orang pelajar ‘degree” telah menerangkan kepada kami jenis-jenis anduh dan cara penggunaan yang sebenar. Antara jenis-jenis anduh ialah anduh skaf dan kolar, anduh kecil, anduh besar dan anduh tiga segi (anduh St. John). Kami juga diajar bagaimana menggunakan kain pembalut tiga segi (triangular bandage) pada bahagian badan yang luka dan berdarah. Antara bahagian-bahagian itu ialah, tapak tangan, kepala, dada, bahu, mata dan apabila dagu terpelicuk atau patah dengan cara balutan yang sesuai mengikut saiz dan bentuk bahagian badan yang teredera.

Selain itu, kami juga diajar apabila menjadi seorang ‘first aider” dengan mengikut langkah-langkah yang betul iaitu DR ABC dan R.I.C.E. dengan penjelasan yang diberikan aku dapat rasakan yang kelas ni sangat berguna. Bagi aku kelas ini sangat penting kepada semua lapisan masyarakat. Walaupun tak semua sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aku dapat mengetahui cara-cara apabila berdepan dengan masalah-masalah yang memerlukan aku sebagai seorang ‘first aider”. Tak kirala di man pun, insyaallah aku akan menggunakan segala ilmu yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan.

Terima kasih sekali lagi kepada En. Hisyam dan pelajar-pelajar ‘degree” kerana mengajar kami mengenai ‘first aid” atau kata lainnya ‘pertolongan cemas”.

Sekian, ;)








outdoor (camp craft)

19 JULAI 2010 (8.30am – 12.30am)

Assalamualaikum.............

Hurm... dah 2 minggu aku tak pergi kelas. Duduk umah lama-lama pun bosan jugak. Hari ini kelas outdoor buat kali ke-3. Sekali lagi aku tak berkesempatan sebab kaki aku belum boleh nak gerak sangat. Hari ini kelas untuk camp craft. Harap-harap minggu depan aku boleh pergi kelas.

Sekian......

outdoor (knotting)

4 JULAI (8.30am – 12.30am)

Assalamualaikum…..

Mengikut hand-out yang diberi hari ni kami belajar tentang cara ikatan (knotting). Tapi aku tak bernasib baik sebab aku mengalami kecederaan yang tak membenarkan aku mengikuti kelas pada hari ini. Sedih la jugak sebab kawan-kawan lain semua pergi kelas. Tinggal aku dengan art je kat rumah. =(
Sekian untuk hari ini…
(PENDEK JE SEBAB SEDIH TAK DAPAT HADIR KE KELAS)

outdoor (knotting)

4 JULAI (8.30am – 12.30am)

Assalamualaikum…..

Mengikut hand-out yang diberi hari ni kami belajar tentang cara ikatan (knotting). Tapi aku tak bernasib baik sebab aku mengalami kecederaan yang tak membenarkan aku mengikuti kelas pada hari ini. Sedih la jugak sebab kawan-kawan lain semua pergi kelas. Tinggal aku dengan art je kat rumah. =(
Sekian untuk hari ini…
(PENDEK JE SEBAB SEDIH TAK DAPAT HADIR KE KELAS)

outdoor (Introduction Class)


7 Julai 2010 (8.30am - 10.30am)

Assalamualaikum…..

Hari ni hari pertama aku menghadiri kelas ‘outdoor” bersama dengan kawan-kawan lain. Happy sangat sebab nak belajar benda baru & pertama kali En.Hisyam Che’ Mat jadi lecture kami. Tapi, sebaliknya kami dtegur kerana pakaian kami terlalu sempoi. Tapi tu mengganggu kelas, kami tetap belajar seperti biasa. Pelajaran pertama kami adalah penerangan serba ringkas mengenai penggunaan anduh dan tali. Kami juga diwajibkan untuk membeli anduh dan tali untuk kelas yang seterusnya dan paling penting sekali kami telah disuruh memiliki blog untuk catatan harian kami (ALAMAK! AKU TIDAK PERNAH BUAT BLOG!!), tapi dengan tunjuk ajar daripada kawan-kawan lain, dapat juga aku menyiapkan blog yang tidak seberapa ini (HAHAHA). Terima kasih juga kepada En. Hisyam sebab kalau tak suruh, aku tak tau pun pasal blog. Tq3 =)

Sekian untuk kali ini….