Thursday, August 26, 2010

First Camp (Jumaat)



6 OGOS 2010 (jumaat)

Assalamualaikum

Hari ini bermulalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu ‘first camp” di Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kami dikehendaki berkumpul di kenanga pada pukul 9 pagi. Sesampai di sana kami mengeluarkan segala kelengkapan dan peralatan yang perlu dibawa dengan dibantu oleh pelajar daripada (INSTEDT) dan fasilitator yang bertugas. aku secara individu telah bersedia untuk mengikuti aktiviti ini walaupun dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya.

Tepat pada pukul 11.30 pelajar daripada UiTM Jengka tiba di Kenanga dengan menaiki 2 buah bas. Seterusnya pelajar seramai 59 orang bersama fasilitator daripada jengka berkumpul bersama-sama membantu memasukkan semua peralatan ke dalam lori yang disediakan untuk dibawa ke Bukit Cerakah. Semua peralatan siap di masukkan ke dalam lori dalam masa yang singkat apabila semua kerja dilakukan bersama-sama.

Setelah selesai solat jumat dan makan tengahari, kami semua berkumpul di dataran kenanga untuk menerima taklimat ringkas daripada fasilitator. Tepat pukul 3 petang kami bertolak ke Taman Pertanian Bukit Cerakah. Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami sampai di sana.

Sesampai di sana kami membawa semua peralatan dan kelengkapan masing-masing ke tapak perkhemahan. Semua barang-barang dikumpulkan mengikut jenis. Setelah selesai, kami dibahagikan tugas untuk mendirikan khemah. Khemah yang perlu didirikan termasuklah khemah pusat, khemah masak, khemah peralatan dan khemah penempatan. Aku bersama-sama ahli kumpulan 4 telah ditugaskan untuk menyiapkan khemah masak. Semua khemah siap didirikan lebih kurang pada pukul 7 petang tetapi kami terpaksa bergelap kerana berikutan masalah berkenaan dengan elektrik. =[)

Selepas itu semua peserta diarahkan oleh fasilitator supaya bersiap untuk menunaikan solat maghrib dan isya’ dan aku bersama-sama ahli kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan makan malam dan yang menariknya, aku ingin berkongsi kepada semua pembaca blog (itu pun kalau ada) kami makan di dalam talam mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 talam dan ianya merupakan pengalaman yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Hahaha...

Setelah selesai bersantap bersama-sama kami di bawa ke suatu tempat untuk aktiviti ‘ice-breaking”. Kami dibahagikan mengikut kumpulan dan perlu mempersembahkan ‘cheers” bagi setiap kumpulan. Pelbagai telatah yang dapat dilihat semasa aktiviti tersebut. Aku lihat semua peserta terhibur dan bersemangat mengikuti aktiviti ini termasuk aku sendiri. Hahahaha

Seterusnya kami duduk di dalam bulatan dan memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian kami perlu mengingat semua nama yang telah disebut sebelumnya dan paling penting kami semua di benarkan tidur pada pukul 4.30 pagi.

sekian

No comments:

Post a Comment