Thursday, October 21, 2010

Abseiling (Praktikal)







1 SEPTEMBER 2010 (7.30am – 1.00pm)

Assalamualaikum...


Seawal jam 7.15 pagi aku telah bertolak ke stor Kenanga untuk membawa peralatan ‘abseiling” ke menara S&T di tingkat 11. Walaupun puasa,aku menguatkan semangat kerana bukan senang mendapat peluang untuk melakukan aktiviti ini. Kami dengan hanya menggunakan motor sebagai ‘main vehicle” telah berjaya membawa kesemua peralatan dengan selamat. Setelah sampai di tingkat 11, aku secara individu berasa sedikit gementar apabila memandang ke bawah. huhuhu ….
Pertama sekali kami telah menyusun peralatan dan barang-barang yang diperlukan mengikut jenis. Setelah itu kami sekelas dengan dibantu oleh En. Hisyam dan En Mubin memasang dan mengikat sling pada ‘anchors” yang telah ditentukan pleh En Hisyam.
Setelah siap kesemuanya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu sesi penurunan. Aku lihat masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menyembunyikan rasa gementar mereka. Ada yang buat-buat macho, ada yang termenung dan ada juga yang tiba-tiba menjadi pendiam walhal dialah paling becok sebelum itu.hahahaha..
Kami diajar melakukan penurunan menggunakan 3 cara iaitu ‘freefall, spider dan Australian style”. Setelah beberapa orang selesai melakukan penurunan, tibalah giliran aku. Aku melakukan penurunan dengan mengaplikasikan cara ‘Australian style” dan Alhamdulillah dalam ‘kegementaran” itu aku selamat mendarat ke bawah.
Setelah selesai membuat penurunan, kami berkemas dan memastikan bahawa kesemua peralatan yang dibawa haruslah mencukupi seperti pagi tadi. Selepas diberi taklimat ringkasoleh En Hisyam kami semua bersurai dan menghantar semula peralatan ke stor Kenanga.

Sekian………



No comments:

Post a Comment