Thursday, October 21, 2010

Kayak (praktikal & amali)

22 SEPTEMBER 2010 (8.00am – 1.00pm)

Assalamualaikum....


Hari ini adalah kelas ‘outdoor” yang pertama selepas puas bercuti sempena hari raya Aidilfitri. Hari kami akan melakukan satu lagi aktiviti yang menarik dan mencabar iaitu kayak. Seawall jam 8 pagi aku bersama beberapa orang teman sekelas sudah berada di Taman Tasik Shah Alam. Masing-masing aku lihat begitu ‘excited” untuk melakukan aktiviti ini.

Selepas itu kami sekelas bekerjasama mengeluarkan kayak yang diperlukan untuk aktiviti hari ini.kami menyusun kesemua kayak yang dikeluarkan di tepi tasik. Terus terang aku cakap, hari itu adalah pertama kali aku memegang kayak kerana sebelum ini hanya melihat dari jauh dan dari dalam televisyen.

Kemudian kami diarahkan berkumpul di satu tempat untuk menerima penjelasan dan cara-cara berkayak. Kami diterangkan mengenai bahagian-bahagian kayak dan istilah-istilah yang digunakan dalam sukan ini. Antaranya ialah forward,backward,stop,pusing180 darjah dan kami juga diajar menegenai isyarat dan komunikasi semasa berkayak. Kami juga ditunjukkan ‘demo” oleh orang kayak Malaysia iaitu kaci.

Setelah selesai sesi penerangan kami dikehendaki memilih pasangan masing-masing kerana kami akan menaiki kayak yang mempunyai 2 ‘cockpit”. Aku memilih Intan sebagai pasangan. Kami diwajibkan untuk meng’capsize”kan diri apabila berada didalam kayak. Mujurlah kami dibekalkan dengan ‘PFD”. Dengan kiraan tiga aku dan Intan telah berjaya meng’capsize”kan kayak kami.

Semasa berusaha untuk naik semula ke dalam kayak, tiba-tiba… krakkk!!! Entah mana datangnya bunyi itu. Hehehe…tetapi dengan semangat dan iltizam kami akhirnya berjaya naik ke dalam kayak dengan selamat.. =)p

Kami semua dibawa oleh kaci sbagai ketua kami ke seluruh tasik Shah Alam. Timbul rasa seronok dan ‘Excited” kerana pertama mengemudi kayak.hahaha..

Dalam pada masa yang sama semua pelajar telah di’capsize”kan oleh pelajar lain termasuk lah pelajar degree yang turut sama membantu kami dalam aktiviti ini. (xpasal-pasal balik dlam keadaan basah …kesian3..)

“last” sekali aku ingin memberitahu bahawasanya aku sangat gembira dan teruja melakukan aktiviti kayak ini. Semoga peluang sebegini akan muncul lagi di masa-masa hadapan. Kami semua balik dengan kepuasan yang jelas terpancar pada wajah masing-masing..

Sekian…………

1 comment: