Thursday, October 21, 2010

'First Survey” di Kem Murni, Gopeng



27-28 OGOS 2010 (JUMAAT & SABTU)

Assalamualaikum

Sebelum melelapkan mata, malam itu aku dah berangan untuk hari esoknya. Sebenarnya aku tidak pernah ke Gopeng. So, ini adalah pertama kali aku ke sana.

Seawal jam 6.30am aku bangun dari katil dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri yang tak berapa nak kotor sebenarnya. Setelah selesai, aku mengambil beg yang telah disiapkan semalam dan terus ke fakulti bersama dengan teman sebiro aku, Kaci.

Aku, Kaci, Hamzah(t.pengarah), Faezad(biro Logistik) dan Hilmi Haris(biro ) bersama dengan En. Adnan sebagai pengiring telah bertolak dari Uitm kira-kira ada pukul 8.00 pagi. Destinasi pertama kami adalah ke Hospital Kampar. Kami sampai di Hospital Kampar pada pukul 11.15am. kemudian kami menemui pegawai hospital tersebut iaitu En. Hasanan untuk menempah pasukan ambulan dan paramedik untuk bersedia di tapak perkhemahan semasa perkhemahan akhir berlangsung. Beliau menerangkan prosedur-prosedur untuk perkhidmatan tersebut kepada kami.

Kemudian, kami terus ke Kampung Jahang untuk melihat sendiri Kem Murni yang akan menjadi tempat untuk perkhemahan akhir kami. Tempat pertama yang kami singgah ialah di rumah Pak Cik Basri Iaitu ‘penjaga” kem Murni. Beliau sendiri telah membawa kami ke tapak perkhemahan Kem Murni. Disana kami telah mengenalpasti kawasan-kawasan yang bakal diguakan semasa perkhemahan akhir nanti. Antaranya khemah pusat, khemah peralatan, khemah masak, khemah penempatan dan lain-lain lagi. Kami juga telah mengambil gambar sebagai bukti dan rujukan untuk kami dan rakan-rakan lain.

Selepas itu kami diterangkan oleh Pak Cik Basri mengenai bayaran dan peraturan semasa menggunakan tapak perkhemahan Kem Murni tersebut. Setelah mendapat penjelasan yang panjang lebar dari beliau kami meminta diri untuk pulang..wahh..”letey bangat!! Xpe2.. dugaaan di bulan puasa”

Sekian…….



No comments:

Post a Comment