Thursday, August 26, 2010

First Camp (sabtu)


7 OGOS 2010 (sabtu)

Assalamualaikum...

Tepat pada pukul 6 kami dikejutkan dari tidur. Mahu atau tidak aku yang baru sahaja melelapkan mata bangun dan terus bersiap untuk solat subuh berjemaah. Selesai sahaja solat subuh, kami diarahkan untuk menyiapkan diri untuk bagi aktiviti yang seterusnya. Hurm..... mengantuknya..... ;0

Aktiviti kumpulan kami yang pertama pada pekhemahan ini ialah ‘blind trail” tapi sayangnya aku tidak dapat mengikuti aktiviti ini kerana keadaan kaki yang belum sembuh sepenuhnya. Terkilan juga rasa di hati kerana tidak dapat bersama-sama ahli kumpulan untuk aktivti ini. Bagi aku inilah aktiviti yang paling mencabar apabila berjalan dalam keadaan mata yang tertutup. Bersyukurlah kalian kerana dianugerahkan secukupnya semua pancaindera. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya anugerah yang tidak ternilai ini.

Selepas membersihkan diri, kami bersiap untuk makan tengahari. Satu lagi dugaan untuk kami apabila nasi yang dimasak masih mentah. Mahu tidak mahu kami terpaksa menghabiskan juga kerana tidak mahu membazir sehinggakan ada diantara kami mengalirkan air mata mungkin disebabkan nasi pada hari itu. Hehehe.. =)

Aktiviti kedua untuk hari ini ialah ‘management game”. Kami diajar bagaimana bekerja dan menyelsaikan masalah secara berkumpulan. Bagi sesiapa yang mengikuti aktiviti ini, mereka akan tahu betapa pentingnya kerjasama dalam sesuatu organisasi untuk mencapai matlamat sesuatu organisasi tersebut. Aku bersama ahli kumpulan telah berjaya dalam semua permainan yang dijalankan. Antara perkara menarik yang berlaku semasa aktiviti ini dijalankan ialah salah satu kumpulan yang bersama-sama dalam aktiviti ini didenda kerana tewas dalam salah satu permainan yang dijalankan. Dendanya ialah mereka perlu menyanyikan lagi ‘nobody” serta dengan gayanya sekali. Hahahaha... =P

Selepas itu kami menjalankan aktiviti ‘camp kraft” di mana kami di arahkan untuk membersih dan menyiapkan makanan untu makan malam. Aku ditugaskankan oleh fasilitator yang bertugas untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik. Aku perlu memastikan lampu dan generator berfungsi pada waktu malam. Semua kumpulan termasuk kami siap menjalankan aktiviti pada pukul 7 petang.

Seperti biasa, selepas menunaikan solat maghrib dan isya’ tibalah masa untuk kami bersantap. Semua makan dengan penuh berselera, maklumlah semua kelaparan kerana tidak puas makan waktu tengahari tadi dan mungkin kerana letih melakukan aktiviti. Selesai makan malam semua peserta dikehendaki ke surau untuk menjalankan aktiviti first aid. Kami diajar bagaimana manggunakan anduh seperti yang diajar oleh En. Hisyam sebelum ini.

Selepas itu kami dikehendaki bersedia untuk aktiviti ‘night walk”. Setelah diberi taklimat oleh fasilitator, kami dibawa ke suatu tempat dan dikumpulkan mengikut kumpulan masing –masing. Sementara menunggu giliran tiba, ada diantara peserta yang tidur, mungkin terlalu letih agaknya. Tibalah sudah giliran aku. Aku dilepaskan berseorangan dan perlu melalui kawasan hutan. Pada masa yang sama pelbagai cara yang dilakukan oleh fasilitator untuk menguji keberanian dan keimanan setiap peserta.

Alhamdulillah, aku selamat sampi ke penamat tanpa sebarang masalah. Ada diantara peserta yang menangis dan ada juga yang patah balik ke tempat berkumpul. Masing-masing ada cara sendiri untuk mengadaptasi keadaan yang jarang-jarang dilalui oleh para peserta. Peserta yang tiba di penamat dikumpulkan di suatu tempat. Kebanyakan daripadanya terlelap sementara menunggu aktiviti berakhir.





No comments:

Post a Comment