Thursday, October 21, 2010

Abseiling (teori)


25 OGOS 2010 (8.30am- 12.30pm)

Assalamualaikum….

Setelah selesai mandi dan bersiap, aku melangkah dengan penuh bersemangat ke ke Kenanga kerana hari ini kami akan diajar mengenai satu lagi aktiviti yang mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang kuat iaitu ‘abseiling”. Tetapi hari ini diperkenalkan mengenai “abseiling” hanya melalui teori. En Hisyam telah menerangkan kepada kami mengenai peralatan dan langkah-langkah keselamatan semasa sedang melakukan aktiviti ini. Ini kerana aktiviti ini memerlukan kepakaran untuk memasang dan meggunakan semua peralatan yang diperlukan. Jika tidak…… (tak tau la cne nak cakap)

Semasa sesi penerangan di stor Kenanga, kami disajikan dengan ‘Slide show” mengenai abseiling. Antara yang terkandung termasuklah nama-nama peralatan yang digunakan, kedudukan yang betuk semasa melakukan aktiviti ini dan langkah-langkah keselamatan. En Hisyam juga menunjukkan kepada kami bagaimana penggunaan peralatan aktiviti ini seperti Harness, carabiner dan lain lain peralatan. Kesemua pelajar memberikan sepenuh perhatian semasa sesi penerangan tersebut.

Setelah selesai sesi penerangan, kami melakukan demonstrasi dan kami bersepakat memilih panem sebagai model untuk melakukat demonstrasi tersebut. Semua pelajar bekerjasama untuk menjayakan demonstrasi tersebut dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…..












No comments:

Post a Comment